Realiti persaraan agak menyedihkan
16 Mei 2016 12:08 AM
PETALING JAYA 15 Mei - Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang mencukupi sebanyak RM196,800 atau lebih untuk menampung kehidupan mereka dalam tempoh persaraan.
Balqais Yusoff
Ketua Jabatan Pengurusan Strategi KWSP, Balqais Yusoff berkata, 78 peratus pencarum lagi tidak mempunyai asas caruman mencukupi untuk tempoh persaraan mereka.
Sambil menyatakan dari sudut pandangan KWSP bahawa realiti persaraan hari ini agak menyedihkan, beliau berkata daripada 6.7 juta pencarum KWSP yang aktif, 65 peratus daripada mereka mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan.
"Jadi, ini bermakna, berdasarkan definisi kami, di mana pesara akan memerlukan sekurang-kurangnya RM820 sebulan dalam tahun-tahun persaraan, mereka yang mempunyai simpanan RM50,000 hanya boleh bertahan selama lima tahun sebelum simpanan mereka kehabisan.
"Itupun jika mereka boleh bertahan hidup dengan RM820 sebulan. Kita tahu RM820 itu tidak cukup, di mana dengan jumlah itu hari ini, mungkin anda boleh berbelanja untuk barangan runcit dan itulah realiti kehidupan hari ini," katanya idi sini.
Balqais berkata, jumlah simpanan asas RM196,800 untuk persaraan dikira sebagai RM820 sebulan.
Beliau berkata, pada hari ini KWSP mempunyai kira-kira 14.5 juta pencarum di mana 6.7 juta yang menyumbang sekurang-kurangnya sekali setiap 12 bulan dianggap sebagai pencarum aktif.
Katanya, struktur gaji yang rendah di negara ini adalah penyumbang utama kepada keadaan itu, di mana 89 peratus daripada penduduk yang bekerja mendapat kurang daripada RM5,000 yang diterjemahkan kepada kadar simpanan yang lebih rendah untuk KWSP.
"Dari segi kadar sumbangan, Malaysia adalah yang kelima tertinggi di dunia dari segi simpanan mandatori. Namun disebabkan struktur gaji ia tidak boleh diterjemahkan kepada bilangan simpanan yang tinggi," katanya.
Walaupun struktur gaji merupakan satu isu, beliau menjelaskan beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan terutamanya dasar gaji minimum di mana apabila kadar caruman dijajarkan dengan gaji minimum, keadaan itu akan bertambah baik.
"Oleh itu, kita perlu sentiasa mengkaji semula struktur gaji dan gaji minimum juga perlu dijajarkan dengan kos sara hidup yang terus meningkat," katanya. – BERNAMAe
sumber:
UTUSAN
Annas Dagang Management
Provide Consultation Regarding Financial Life Protection, Medical Card, Hibah Takaful General Takaful, Roadtax & Insurans, Travel Takaful, Houseowner Householder, Personal Accident etc Unit Trust Product Private Retirement Scheme ( PRS) ASB Financing
Jumaat, 20 Mei 2016
Isnin, 4 April 2016
Proses untuk mendapatkan Surat Jaminan (GL).
Berikut adalah proses untuk mendapatkan Surat Jaminan (GL). Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila hubungi kakitangan Etiqa Healthcare di 1800 88 9998 atau emel kami dietiqahealthcare@etiqa.com.my. |
PANEL HOSPITALS ETIQA TAKAFUL
| ||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Khamis, 31 Mac 2016
Flexi Personal Accident (PA)
Flexi PA | ||||||||
Sentiasa bersama anda di jalan raya dengan hanya RM70 setahun. | ||||||||
Berada di atas jalan raya merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian anda. Anda memandu ke tempat kerja, keluar bertemu rakan-rakan, dan pulang ke pangkuan yang tersayang. Walau bagaimanapun, keselamatan anda perlu diutamakan kerana situasi di jalan raya adalah agak mencabar. Oleh itu, ia amat penting bagi anda untuk melindungi diri daripada situasi yang tidak diduga dengan pelan perlindungan yang menyeluruh. Flexi PA adalah pelan perlindungan kemalangan diri yang melindungi anda dan keluarga anda daripada beban kewangan sekiranya berlaku kemalangan. | ||||||||
"Penyelidikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa purata 18 orang terbunuh di jalan raya Malaysia setiap hari. Angka ini dijangka meningkat kepada 29 pada tahun 2020. Penyelidikan MIROS meramalkan bahawa kemalangan maut akan mencatat 10,716 kematian pada tahun 2020 berbanding dengan purata 6,915 kematian tahunan pada tahun-tahun kebelakangan ini." - Sumber: New Straits Time Online, 9 Julai 2014 | ||||||||
Manfaat Utama | ||||||||
Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan | ||||||||
• Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan sebanyak RM50,000 dengan fleksibiliti untuk memberi kebenaran bagi melangsaikan baki bayaran ansuran kenderaan anda. | ||||||||
Perlindungan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) | ||||||||
• Sekiranya berlaku Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) akibat kemalangan, orang yang tersayang dilindungi dari segi kewangan dengan pembayaran sekaligus. | ||||||||
Elaun Kemasukan ke Hospital | ||||||||
• Menyediakan pampasan tunai sekiranya anda dimasukkan ke hospital. | ||||||||
Sumbangan yang Berpatutan | ||||||||
• Anda dilindungi dengan sumbangan serendah RM0.19 sen sehari. | ||||||||
Tiada Pemeriksaan Perubatan Diperlukan | ||||||||
• Permohonan yang mudah. Tiada laporan kesihatan diperlukan. | ||||||||
Perlindungan di Serata Dunia | ||||||||
• Anda dilindungi 24 jam sehari, di mana sahaja anda berada. | ||||||||
Kelayakan | ||||||||
Umur Kemasukan: 18 tahun sehingga 65 tahun, boleh diperbaharui sehingga 70 tahun. | ||||||||
Ringkasan Manfaat | ||||||||
| ||||||||
Nota: 1. Sumbangan Tahunan adalah RM70 (termasuk duti setem RM10). 2. Tempoh perlindungan adalah satu (1) tahun. Anda perlu memperbaharui Sijil Takaful anda setiap tahun. 3. Semua sumbangan (jika terpakai) akan tertakluk kepada caj-caj atau cukai-cukai yang berkenaan termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebagaimana yang dianggap perlu oleh pihak berkuasa cukai Malaysia. Adalah penting untuk menyimpan setiap resit yang telah anda terima sebagai bukti pembayaran sumbangan. | ||||||||
Bagaimana Cara untuk Menyertai atau Memperbaharui? | ||||||||
Hubungi +60194124750 / 60194406919 atau email ke annas.dagang@gmail.com | ||||||||
Bagaimana Cara untuk Membuat Tuntutan? | ||||||||
Anda boleh menghubungi Etiqa Claims Assist di talian 1300 88 1007 untuk membuat tuntutan. Anda dinasihatkan supaya menyimpan resit asal dan semua tuntutan mestilah dimaklumkan kepada kami dalam masa tiga puluh (30) hari. |
World Traveller Care Takaful
Melihat dan mengenali tempat-tempat baru seringkali menyeronokkan. Namun pengembaraan boleh menimbulkan kesulitan, daripada perjalanan anda dibatalkan sehingga kehilangan bagasi. Jadikan kami teman perjalanan anda dan kami akan melindungi anda di setiap langkah. Anda tidak perlu risau jika kaki terseliuh atau perjalanan ditangguhkan. Dengan kami di sisi anda, anda boleh merasai kenangan baru dan pulang tanpa kebimbangan. |
Jaringan Keselamatan Semasa di Luar Negara
World Traveller Care Takaful adalah pelan Takaful perjalanan untuk melindungi anda sekiranya anda menghadapi sebarang musibah yang tidak dijangka semasa mengembara. Ia mempunyai liputan di seluruh dunia dengan 4 pelan dan jenis manfaat yang disediakan untuk pengembara sebagai individu atau bersama keluarga.Pelan Lawatan Tunggal
Untuk perjalanan tunggal ke destinasi-destinasi percutian impian anda atau untuk tujuan perniagaan, anda boleh memiliki perlindungan jenis ini sama ada anda mengembara di dalam atau di luar negara.
Pelan Lawatan Tahunan
Untuk yang kerap mengembara, anda boleh menjimatkan wang, masa dan kerumitan menyertai pelan Takaful perjalanan setiap kali anda ingin membuat perjalanan. Tiada sebarang had dikenakan ke atas kekerapan perjalanan selagi setiap perjalanan tidak melebihi 90 hari berturut-turut.
Manfaat Utama
- Bila-bila Masa, Di Mana Sahaja
- Perlindungan Komprehensif
- Perlindungan Perubatan
- Kesulitan Perjalanan
- Kehilangan atau Kelewatan Bagasi
- Kehilangan Dokumen Perjalanan
- Kematian akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Kekal
- Perlindungan terhadap Keganasan
Di mana sahaja, pada bila-bila masa, Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 jam disediakan dengan hanya satu panggilan sahaja.
World Traveller Care Takaful membolehkan anda memilih untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh untuk pasangan dan anak-anak anda.
Nikmati faedah yang merangkumi pelbagai keperluan perubatan anda seperti kemasukan hospital, perbelanjaan rawatan dan manfaat penjagaan ihsan. Perlindungan manfaat adalah sehingga RM1,0000,000 bergantung kepada pelan yang dipilih.
Anda tidak perlu bimbang tentang musibah pengembaraan, kerana World Traveller Care Takaful akan memberi pampasan atas perbelanjaan yang ditanggung akibat daripada sebarang kesulitan seperti pembatalan perjalanan, dan kelewatan perjalanan.
Jika bagasi anda tidak tiba atau lewat ke destinasi anda, anda akan dibayar pampasan untuk kesulitan yang dialami.
Nikmati perjalanan secara berterusan walaupun anda kehilangan dokumen kerana World Traveller Care Takaful akan menguruskannya untuk anda. Manfaat ini termasuk perlindungan untuk kehilangan visa, pasport dan tiket perjalananan.
Sekiranya berlaku Kematian akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Kekal, perlindungan sehingga RM500,000 bagi setiap orang dewasa dan RM1,500,000 untuk keluarga akan dibayar.
Menyediakan perlindungan bagi kecederaan anggota badan, Kematian atau Hilang Upaya Kekal yang dialami dan kerugian atau kerosakan (untuk manfaat berkenaan) akibat daripada kegiatan keganasan di mana Orang Yang Dilindungi tidak terlibat dalam kegiatan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Kelayakan
Individu/Dewasa mestilah berumur di antara 18 hingga 70 tahun, warga emas mestilah berumur di antara 71 hingga 80 tahun dan kanak-kanak mestilah berumur sekurang-kurangnya 45 hari dan di bawah 23 tahun sekiranya masih belajar sepenuh masa.
Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 jam
1. Talian hotline: 03-2161 0270 (Nombor panggilan semula)2. Beroperasi secara 24/7, perlindungan 365 hari setahun di seluruh dunia.
3. Menyediakan bantuan perjalanan dan perubatan di seluruh dunia dengan lebih daripada 400,000 penyedia perkhidmatan dan mampu bertutur di dalam 40 Bahasa.
4. Bantuan Perjalanan termasuk:
• Bantuan Kehilangan Bagasi
• Bantuan Kehilangan Pasport atau Dokumen
• Penterjemah atau Rujukan Terjemahan
• Bantuan Maklumat Cuaca
• Nasihat Pra-perjalanan
• Jadual Penerbangan, Maklumat dan Tempahan atau Bantuan Penempahan Tiket
5. Bantuan Perubatan termasuk:
• Rujukan Maklumat Perubatan dan Nasihat 24 jam
• Tempahan Hotel/Kereta Sewa
• Pengurusan Kemasukan ke Hospital
• Perkhidmatan untuk Mengatur Temujanji dengan Doktor Tempatan
• Pengurusan dan Pembayaran Pendahuluan untuk Lawatan Ihsan
• Penghantaran ubat-ubatan penting
Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk maklumat lanjut mengenai bantuan perjalanan dan perubatan.
Ahad, 20 September 2015
Annas Homestay, Tumpat, Kelantan
ASSALAMUALAIKUM w.b.t
ANNAS HOMESTAY di Tumpat, Kelantan KINI BEROPERASI
Lokasi: PT 1961 Jalan Damai 2, Taman Seri Bayu, Jubakar Pantai,16200 Tumpat, Kelantan.
Kemudahan :
Kemudahan :
Bilik Tidur 1: Kipas + Katil Queen
Bilik Tidur 2: Kipas + Katil Queen
Bilik Tidur 3: Kipas + Katil Single
Tandas : 2
Bilik Tidur 2: Kipas + Katil Queen
Bilik Tidur 3: Kipas + Katil Single
Tandas : 2
Lain-Lain - TV (Astro) , Sofa, Meja makan, Seterika, Peti ais, Rice cooker, jug air letrik , peralatan memasak
Untuk Tempahan
Hubungi : 019-4124750 ajanadia / 019-4406919 nassir
Check-in: 02.00 petang
Check-out: 12.00 tengah hari.
Check-out: 12.00 tengah hari.
Harga sewa 1 malam : RM140
Sebagai pengesahan tempahan, tuan perlu membayar deposit sebanyak RM100 ke dalam akaun Maybank 553092003989 (Mohd Nassir bin Che Azid)
Lokasi berdekatan
MRSM Tumpat (5 min)
Pantai Seri Tujuh (4 min)
Hospital Daerah Tumpat (7 min)
Stesyen Keretapi Tumpat (9 min)
Bandar Tumpat (10 min)
Kedai Bebas Cukai Pengkalan Kubor (15 min)
dan Amat sesuai bagi sesiapa yang memerlukan penginapan untuk sebarang aktiviti di Tumpat, Kelantan.
MRSM Tumpat (5 min)
Pantai Seri Tujuh (4 min)
Hospital Daerah Tumpat (7 min)
Stesyen Keretapi Tumpat (9 min)
Bandar Tumpat (10 min)
Kedai Bebas Cukai Pengkalan Kubor (15 min)
dan Amat sesuai bagi sesiapa yang memerlukan penginapan untuk sebarang aktiviti di Tumpat, Kelantan.
*kunci diserahkan selepas membuat bayaran penuh
Untuk confirmation
booking fee rm50, security deposit rm50
Kene buat payment rm100 ke akaun
Maybank : Mohd Nassir Bin Che Azid * Siti Hajar Nadia
Acc no: 553092003989
Email: annas.dagang@gmail.com
Selepas payment:
Bagi details payment, masa & tarikh:
Nama:
Tarikh untuk disewa :
booking fee rm50, security deposit rm50
Kene buat payment rm100 ke akaun
Maybank : Mohd Nassir Bin Che Azid * Siti Hajar Nadia
Acc no: 553092003989
Email: annas.dagang@gmail.com
Selepas payment:
Bagi details payment, masa & tarikh:
Nama:
Tarikh untuk disewa :
Labels:
HOMESTAY TUMPAT KELANTAN
Location: Shah Alam, Selangor , Malaysia
Tumpat, Kelantan, Malaysia
Rabu, 16 Julai 2014
Hukum Aqiqah
Oleh: SUZIANA NONA
Tarikh: 3 April 2014
Aqiqah hukumnya adalah sunnah yang mendekati wajib (sunnah muakad) dan Rasulullah S.W.T sangat menyukai untuk dilaksanakan walaupun untuk melaksanakannya dengan berhutang atas alasan tidak mampu (demikianlah sabda Rasul dalam sahih Al-bukhari).
‘Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang menanggung nafkah si anak iaitu bapa atau datuknya.’ Satu lagi kekeliruan umat Islam kita sekarang ialah mengaqiqahkan anak setelah besar melebihi umur satu tahun ke atas, padahal aqiqah hanya pada saat umur tujuh hari, dan selain daripada itu bukanlah aqiqah tetapi sedekah.
Terdapat juga ulama yang berpendapat, asalkan berlaku sembelihan untuk si anak dengan niat aqiqah sudah dikira aqiqah untuknya tanpa diambil kira siapa melakukannya. Ini berdalilkan sabda Nabi S.A.W ; “Anak kecil dipertaruhkan dengan aqiqahnya, iaitu disembelih (ternakan) untuknya pada hari ketujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya” (Jami’ at-Tirmizi; 1522, Hasan Soheh).
Dalam hadis ini Nabi S.A.W hanya menyebutkan ‘disembelih (ternakan) untuknya’ tanpa Nabi menentukan siapa sepatutnya melakukannya, dengan berlakunya sembelihan dengan niat aqiqah maka terhasil aqiqah untuk si anak sekalipun dilakukan oleh orang asing (Fathul-Bari; 9/595. Subulussalam; 2/542).
Anak yang lahir di luar nikah dianjurkan untuk diaqiqahkan pula sebagaimana anak lainnya. Ibunyalah yang menanggung biaya aqiqah dan nafkahnya sesuai kemampuan sama ada daripada hasil usahanya sendiri atau bantuan pihak lain. Nasab anak yang lahir di luar nikah adalah kepada sang ibu, bukan kepada orang yang ‘bersama’ ibunya juga bukan kepada abang ibunya.
Dalam Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah disebutkan: ‘Anak zina nasabnya adalah kepada ibunya. Situasinya sama seperti kaum Muslim yang lain selama ibunya juga Muslimah. Si anak tidak dihukum dan dicela kerana perbuatan yang dilakukan oleh ibunya atau kerana perbuatan pihak yang ‘bersama’ ibunya. Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman, ‘Tidaklah seseorang menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain.’ (QS Fathir: 18).
Tarikh: 3 April 2014
Aqiqah hukumnya adalah sunnah yang mendekati wajib (sunnah muakad) dan Rasulullah S.W.T sangat menyukai untuk dilaksanakan walaupun untuk melaksanakannya dengan berhutang atas alasan tidak mampu (demikianlah sabda Rasul dalam sahih Al-bukhari).
‘Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang menanggung nafkah si anak iaitu bapa atau datuknya.’ Satu lagi kekeliruan umat Islam kita sekarang ialah mengaqiqahkan anak setelah besar melebihi umur satu tahun ke atas, padahal aqiqah hanya pada saat umur tujuh hari, dan selain daripada itu bukanlah aqiqah tetapi sedekah.
Terdapat juga ulama yang berpendapat, asalkan berlaku sembelihan untuk si anak dengan niat aqiqah sudah dikira aqiqah untuknya tanpa diambil kira siapa melakukannya. Ini berdalilkan sabda Nabi S.A.W ; “Anak kecil dipertaruhkan dengan aqiqahnya, iaitu disembelih (ternakan) untuknya pada hari ketujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya” (Jami’ at-Tirmizi; 1522, Hasan Soheh).
Dalam hadis ini Nabi S.A.W hanya menyebutkan ‘disembelih (ternakan) untuknya’ tanpa Nabi menentukan siapa sepatutnya melakukannya, dengan berlakunya sembelihan dengan niat aqiqah maka terhasil aqiqah untuk si anak sekalipun dilakukan oleh orang asing (Fathul-Bari; 9/595. Subulussalam; 2/542).
Anak yang lahir di luar nikah dianjurkan untuk diaqiqahkan pula sebagaimana anak lainnya. Ibunyalah yang menanggung biaya aqiqah dan nafkahnya sesuai kemampuan sama ada daripada hasil usahanya sendiri atau bantuan pihak lain. Nasab anak yang lahir di luar nikah adalah kepada sang ibu, bukan kepada orang yang ‘bersama’ ibunya juga bukan kepada abang ibunya.
Dalam Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah disebutkan: ‘Anak zina nasabnya adalah kepada ibunya. Situasinya sama seperti kaum Muslim yang lain selama ibunya juga Muslimah. Si anak tidak dihukum dan dicela kerana perbuatan yang dilakukan oleh ibunya atau kerana perbuatan pihak yang ‘bersama’ ibunya. Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman, ‘Tidaklah seseorang menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain.’ (QS Fathir: 18).
Langgan:
Catatan (Atom)