PAGES

Jumaat, 20 Jun 2014

Fazilat surah al-Falaq dan an-Nas

Fazilat surah alFalaq & anNas



=====================================

Surah alFalaq an anNas turun tatkala Rasulallah (s.a.w) balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.

Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi, yang benama Labid bin Aksam, bertujuan untuk melakukan sihir keatas Rasullah (s.a.w). Dengan kerja sama dari budak Yahudi, khadam nabi, mereka telah mencuri sisir (sikat) kepala nabi serta gigi sisir.

Rupa Rasullah (s.a.w) dibuat dengan lilin, ditikam dengan sebelas bilah jarum, dan disimpul dengan sebelas simpulan.

Maka di takdirkan, Rasullah telah terkena sihir selama 40 hari. Pada suatu hari ketika nabi tidur maka datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.

Malaikat yang di kepala: “Apa kena lelaki ini?”
Malaikat yang di kaki: “Disihir orang”
Malaikat yang di kepala: “Siapa sihir?”
Malaikat yang di kaki: “Labid bin Aksam, Yahudi”
Malaikat yang di kepala: “Dengan apa disihir?”
Malaikat yang di kaki: “Dengan sisir kepala dan gigi sisir:
Malaikat yang di kepala: “Di mana?”
Malaikat yang di kaki: “Dalam sumpit daun tamar di bawah batu dalam telaga zarwan”

Rasullah (s.a.w) kemudiannya terjaga dari tidur, menyuruh saidina Ali, Saidina Zubir dan Omar bin Yasir pergi membuka telaga zarwan, dibawa keluar sumpit yang berada dibawah batu. Di dalam sumpit tersebut terdapat sisir kepala dan gigi sisirnya dan sebelas simpul dan sebelas jarum.

Maka turunlah kedua surah ini. Apabila di baca satu ayat, maka terurailah satu simpul, sehinggalah terurai sekelian simpulannya. Maka bangunlah Rasulallah (s.a.w) seperti terungkai dari ikatan. Apabila dicabut satu jarum, terasa sakit dalam tubuh, kemudiannya hilang.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah (r.h) bahawa Rasulallah (s.a.w) pada setiap malam apabila hendak tidur, beliau membaca surah Ikhlas, surah alFalaq dan surah anNas. Ditiupkan pada kedua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Saidina ‘Ali (r.h) menerangkan; pernah Rasulallah (s.a.w) digit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digit kala tadi.

‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.

Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.

Sesiapa yang takut akan godaan syaitan atau manusia atau takut dalam kegelapoan malam atau takut kekejaman raja, bacalah surah alFalaq dan surah anNas sebanyak 100 kali.



sumber : http://junjungan.wordpress.com/

Rabu, 18 Jun 2014

Tips Membeli Rumah

Nak share tips yg saya jumpe bila tergodek2 cari info...semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah

Tips Membeli Rumah 
by Asmaa Aljuned

DISCLAIMER:  Artikel ini adalah rough idea cara-cara nak beli rumah.  Its not 100% precise. But at least you can get an idea how its like.  Intended for those who are interested to buy a house,  but has no idea at all how to go about it.

Kalau kita tiba-tiba terpikir, "Saye nak beli rumah". apa yang kita nak buat?



1. CARI RUMAH
  • Carilah rumah yang bersesuaian dan mampu dimiliki.   Macam mana nak tahu kita mampu atau tak?  Secara amnya bayaran bulanan untuk rumah tidak boleh melebihi 1/3 dari jumlah gaji.

    Contoh:  Gaji RM3000,  bayaran bulanan untuk rumah tak boleh melebihi RM1000.
  • Dekat website-website bank,  banyak yang menyediakan kemudahan home loan/mortgage calculator,  so that kita boleh tahu  secara kasar nilai rumah yang kita mampu beli.

    CIMB Home Loan Monthly Installment Calculator

    Maybank Home Loan Calculator
  • By the way,  untuk calculator yang disediakan di website-website bank di atas,  kita kena masukkan Interest Rate.  Interest rate ni adalah interest yang bank akan tetapkan bila kita dah sign up for the loan.  Base Lending Rate (BLR) atau Kadar Pinjaman Asas untuk tahun ini adalah 6.6%,  maka interest yang selalu bank kenakan adalah dalam lingkungan BLR - 1.8% sehingga BLR - 2.5%.  Interest ni ikut harga rumah, ikut jenis pinjaman dll. Tapi kita sekarang ni baru nak cek harga rumah yang kita mampu,  kita nak letak interest tu sekadar bagi penuh kotak kat calculator tu.  So lets say la kita letak BLR- 2.0% = 6.6 - 2.0% = 4.6%
  • Please take note, calculator ni cuma calculate anggaran kasar sahaja.  Ini cuma untuk membantu kita dalam proses mencari rumah yang mampu-milik.   (Calculator ni semua mampu kira up to pinjaman 30 tahun sahaja,  tapi sebenarnya kalau kita masih muda,  kita layak meminjam sehingga tempoh pinjaman 40 tahun).

2. JUMPA RUMAH !
  • So, bila kita dah tahu lingkungan harga rumah yang mampu kita miliki,  kita boleh start cari rumah.  Ada 2 jenis pembelian  :

    1) pembelian terus dari developer (kawasan perumahan baru)
    2) sub-sale = beli dari tuan punya rumah
  • Lain ye proses pembelian ni mengikut jenisnya.  Selalunya kalau kita beli dari developer, kira kita beli masa rumah masih baru dan tak penah ada orang duduk.  Selalunya developer mesti ada agent-agent jualan yang akan tolong eksplen cara-cara beli dan apa yang kita kena buat.  So in that case,  saya nak kecilkan skop artikel ni untuk Rumah Sub-Sale, iaitu beli dari tuan punya rumah. tapi takdela jauh beza mana sangat pon dengan beli rumah baru dari developer.  Lebih kurang.


  • Setelah menjumpai rumah yang sesuai dan telah melawat rumah tersebut,  dan telah berjumpa orang yang nak jual rumah.  Selalunya,  bila kita nak beli rumah orang,  kita akan beli menerusi agent.  Lain la kalau beli dari sanak saudara.  Bila kita dah memang betul-betul interested nak beli rumah tu,  kita kena la bayaq booking fee.  Selalunya dalam 2% harga rumah.  So kalau harga rumah yang nak dijual tu adalah RM200k,  kiranya kita kena bayaq RM4000 kat agent tu untuk book rumah tu.

    PENTING: SILA BERHATI HATI BILA BUAT PEMBAYARAN, PASTIKAN KITA BAYAR KEPADA AGENT/PIHAK YANG SAH
  • Selepas bayar booking fee,  ada tempoh 1 bulan untuk kita dapatkan loan bank.  Kalau dalam masa sebulan kita apply,  tiba-tiba loan tak di-approve,  selalunya- duit booking fee mungkin akan dikembalikan.  TAPI PLEASE CEK BETUL-BETUL SEBELUM BAYAR.  Ada jugak agent yang tak akan return booking fee tersebut. HATI HATI YE.
  • Kalau nak beli rumah,  selalunya kena bayar paling kurang 10%.  Tapi masa kita berkenan kat rumah tu,  kita baru nak book sementara kita nak apply loan.  Ye la.  Nak apply loan ambil masa, kalau tak book rumah,  elok2 loan approve,  tiba-tiba rumah tu dah dijual kat orang lain.  So kita bayar la 2% atau 3% harga rumah kat agent tu untuk book rumah tu.

3. DAH BAYAQ BOOKING FEE?

  • Bila kita dah bayaq kat agent tu,  kita akan dapat resit.  Dengan resit ini,  kita akan pergi ke bank untuk apply loan.  Setiap bank ada pakej pakej pinjaman tersendiri.  Ini terpulang kepada citarasa masing-masing nak pilih bank mana.  Ada bank bagi interest rendah,  ada tinggi sikit.  Kalau aku cerita pasal jenis jenis loan rumah,  3 hari tak habes.
  • Sebelum loan kita diproses,  bank akan tentukan harga rumah. Eh. Bukan kita dah bagitau kat dia ka harga rumah yang kita nak beli tadi?
  • Macam ni,,,Harga yang agent tu bagitau kita tu adalah harga jualan.  Tapi bank akan bagi pinjaman mengikut nilai harga rumah (market value). 
  • Contoh : agent tadi tu habaq rumah tu RM200k.  Tapi bila bank cek market value rumah tu RM180k je,  Maka pinjaman yang diberi takkan melebihi RM180k.  Lagi 20k bayaq sendiri.  But usually harga rumah yang dibeli tak akan beza banyak dengan market value.



  • Rasa senang tak nak dapat loan?  Cara nak kira senang.

    Gaji x 60% = _______ - (komitmen)

    Contoh kalau gaji RM3000:

    3000 x 60%= 1800 - (duit bulanan pinjaman kereta+ duit bulanan pinjaman peribadi/ASB)
                 = 1800 - 300 - 100
                 = RM1400
  • Maknanya, kita layak meminjam sekiranya bayaran bulanan pinjaman rumah adalah RM1400 ke bawah sahaja. Kalau bank kira-kira,  bayaran bulanan rumah RM1500,  tapi kita punya kelayakan RM1400 sebulan.  Memang loan kena reject la.  Unless kita agree nak bayar down payment lebih sikit.

4. LOAN APPROVE
  • Tahniah sekiranya loan di-approved.  Bila loan sudah diapprove,  bank akan bagi kita Offer Letter.  Offer Letter ni akan tulis la pasal syarat-syarat loan dan its details.
  • Sekarang ni nak buat apa?  WE NEED A LAWYER. Nak beli rumah ni transaksi ratus ribu woooo.  Mana boleh main-main.  Semuanya kena ada perjanjian dan kontrak.  Maka seorang lawyer adalah diperlukan.


  • Bila nak beli rumah ada 2 jenis kontrak/perjanjian.
    1) perjanjian dengan penjual rumah (Sales And Purchase Agreement/ SNP)
    2) perjanjian dengan bank (Loan Agreement)
  • Untuk lebih senang,  lebih baik kita gunakan panel lawyer untuk bank yang kita amik pinjaman rumah tersebut.  So tak payah amik 2 peguam yang berbeza.  Amik 1 lawyer yang akan buat kedua dua agreement.
  • Berkenaan panel lawyer ni boleh tanya bank tersebut,  depa mesti ada list of panel-panel law firm diorang.  Kita boleh pilih mana kita nak.  Dan kita call la law firm mana yang kita bekenan untuk diskas pasal SNP ni.  Bagi la Offer Letter tu nanti kat lawyer tu.

5.  Apa itu SNP?

  • Bila kita sign SNP ni,  kita kena bayar the remaining balance,  tadi kita dah bayar booking fee 2% la katakan,  bila sign SNP kita bayaq la lagi 8% untuk cukupkan 10% down payment rumah.
  • Kita kena ada perjanjian bila beli asset ratus ribu ni.  To safeguard our interest.  Ye la,  macam mana kalau tiba-tiba loan semua tengah proses tiba-tiba tuan rumah tak jadi jual?  Tiba-tiba pejabat tanah kata rumah ni tak boleh dijual?   Aaaaa.. Camna ? Camna?  Duit down payment tu burn ke tak?? AAAAAAaaaaaa
  • Dalam SNP ni,  peguam kita akan huraikan semua aspek-aspek pembelian,  so its good if you can sit down with your lawyer and discuss about the SNP.


  • SNP ni kena sign oleh 2 pihak tau.  Pihak pembeli dan pihak penjual.  Kiranya dia akan safeguard interest bagi 2 pihak.  Ye la,  penjual pon mesti la ada hak dia,  mana tau ada orang nak beli,  tapi tiba-tiba sekerat jalan kensel,  tak jadi beli.  So mesti la pembeli takmau bagi balik downpayment.
  • Maka penjual rumah tu pon akan ada lawyer dia sendiri.  Lawyer penjual rumah dan lawyer kita akan discuss sehinggalah SNP tersebut memuaskan kedua-dua belah pihak (perjanjian tak berat sebelah), baru kita akan sign.
  • Disebabkan oleh itu,  kadang-kadang ada agent atau tuan rumah yang akan suruh kita amik lawyer yang sama.  Depa nanti kata senang sikit, 1 lawyer buat SNP,  Tak payah susah-susah buang masa diskas semua.  JANGAN YE.  Sebabnye kena ada 1 lawyer mewakili setiap pihak (1 lawyer pembeli, 1 lawyer penjual) adalah untuk memastikan perjanjian tidak berat sebelah. paham?

6. SNP DAH SIGN. DEPOSIT DAH BAYAQ
  • Bila kita sign SNP,  bank akan proses loan kita dan lawyer akan buat kerja2 dia. Dalam SNP ni dia ada tulis,  kita ada lebih kurang 3 bulan untuk siapkan transaksi pembelian ini,  kalau tak SNP ni akan void.
  • Dia macam ni,  bila sign SNP,  pembeli dah dapat 10%, bank kena bayaq lagi 90%.  Tapi bank akan bayaq secara berperingkat-peringkat.  Contoh,  bila penjual tu dah settle semua hutang rumah dia,  asset tu dah boleh tukaq nama etc.- ni semua kerja lawyer.  Kalau lawyer tu lambat buat keja,  Maka lambatlah siap.  So tanggungjawap kita adalah selalu follow up dengan lawyer kita berkenaan proses pembelian rumah.  Kalau boleh setiap 2 minggu lepas sign SNP,  talipon tanya.  Sebab lawyer ni depa banyakkkkkkk SNP kena buat,  sapa yang selalu kejan,  depa buat la kerja cepat sikit.  Client yang diam cam batu,  file tu boleh boh tepi sat.

7. LEPAS TU APA?
  • Tunggu la sampai laywer settle,  bank dah bayaq duit sepenuhnya kat tuan rumah.  The moment bank dah bagi duit kat penjual rumah (disbursement) - time tu jugak la kita kena start bayaq loan. Ni semua nanti ampa dapat surat la nak bagitau semua.

8. APA LAGI NAK KENA TAU?
  • Lawyer tu bukan free ye kawan2.  Selain bayar 10% downpayment rumah.  Kita juga kena bayar legal fee.  Usually 2%-3% harga rumah.  Sso, kena ada duit simpanan banyak ye bila nak beli rumah.  Tapi,  kalau duit KWSP kita dalam account tu banyak,  lawyer akan tolong kita bawak keluaq duit tu untuk membiayai kos beli rumah.
  • Kalau kita amik Skim Rumah Pertamaku,  loan memang 100%. tapi cover harga rumah la.  Tak cover legal fees.
  • Nak tau pasai Skim Rumah Pertamaku?  Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Ok. tu je la sedikit sebanyak,  nak tahu lebih lanjut buleh pegi bank dan tanya.  Artikel ni nak bagi gambaran sahaja supaya senang nanti bila kita deal dengan bank dan supaya kita tidak ditipu.  Segala kekurangan harap dimaafkan.

THE POWER OF SEDEKAH





Cerita untuk dikongsi bersama, semoga memberi manfaat kepada semua. insyaAllah

Keajaiban Bersedekah - Mesti Baca !!!!

Assalamualaikum,

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka 'tersangat' kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."
  

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah.....

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.

Wassalam




Selasa, 17 Jun 2014

INFO PENGELUARAN WANG KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH

NI ADALAH COMPILATION INFO HASIL CARIAN GOOGLE UNTUK CARA PENGELUARAN WANG KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH.SEMOGA INFO INI BERMANFAAT UNTUK SEMUA..INSYAALLAH


Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli Rumah


Alhamdulillah, setelah 3 kali mencuba barulah permohonan Jamal untuk mengeluarkan wang KWSP dari akaun 2 untuk membeli rumah diterima oleh pihak KWSP. 2 kali percubaan sebelum nie tak berjaya disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap dan bermasalah. Jadi kepada sesiapa yang nak mohon pengeluaran wang KWSP nie kenalah pastikan dokumen korang semua dah lengkap sebab kalau tidak nanti rugi je pergi pejabar KWSP dan tak berjaya. Lagi sedih kalau korang ambil cuti semata-mata nak uruskan pengeluaran wang KWSP nie kemudian kena tolak.

Masa pergi jumpa pegawai KWSP tue, Jamal sempat jugalah bertanya berapa banyak jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan dari akaun 2 KWSP kita. Jadi pegawai tue pun terangkan cara kiraan dan contoh seperti dibawah nie.

Harga Rumah : RM200,000
Pinjaman Rumah : RM180,000

Jumlah Maksimum dari Akuan 2 yang boleh dikeluarkan = (Harga Rumah + 10%) - Pinjaman Perumahan
= (200,000 + 20,000) - 180,000
= 40,000

Berdasarkan contoh pengiraan diatas tue, jika korang beli rumah yang berharga RM200,000 dengan pinjaman bank sebanyak 90% (RM180,000), jumlah maksimum yang boleh korang keluarkan dari akaun 2 KWSP ialah sebanyak RM40,000.

Permohonan pengeluaran wang KWSP Jamal dah dalam proses, mungkin dalam seminggu dua lagi dapat la duit tue. Boleh la pakai untuk beli barang-barang rumah baru nanti.




pengeluaran kwsp, pengeluaran rumah kwsp, beli rumah dengan duit kwsp, pengeluaran beli rumah kwsp, pengeluaran membeli rumah kwsp

PENYAKIT-PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI DALAM POLISI ETIQA TAKAFUL




PENYAKIT-PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI DALAM POLISI ETIQA TAKAFUL

Salam Buat Semua,


Untuk makluman semua, di bawah saya sertakan 36 jenis-jenis penyakit kritikal yang dilindungi di bawah Critical Illness rider yang boleh disertakan bersama-sama  pelan-pelan simpanan .

TAKRIF


DIAGNOSIS - hendaklah bermaksud diagnosis definitif yang dibuat oleh Pakar Perubatan (seperti yang ditakrifkan di bawah) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti yang diperlukan dalam takrif bagi setiap Penyakit Dilindungi seperti yang disenaraikan di bawah dengan disokong oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh kami terima.
Jika terdapat apa-apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, kami akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta/Orang yang Dilindungi dan/atau apa-apa bukti yang digunakan semasa membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang kami lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat Peserta/Orang yang Dilindungi dan Kami.

PAKAR PERUBATAN – Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta/Orang yang Dilindungi itu sendiri, suami/isteri, saudara-mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan/atau majikan Peserta/Orang yang Dilindungi.


PENYAKIT DILINDUNGI:

1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.

2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.

3 Penggantian Injap Jantung .
Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.

4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.

5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal ke tahap sekurang-kurangnya kelas tiga (III) atau kelas empat (IV) menurut New York Heart Association of Cardiac Impairment.

6. Ensefalitis
Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.

7. Tumor Otak Benigna
Tumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.

8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.

9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.

10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin.
Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan

11. Penyakit Aizheimer
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.

Aktiviti kehidupan harian adalah:

a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.

Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.

12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang dibuktikan melalui gangguan fungsi motor atau kesukaran bernafas.
Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.


13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom Apalik (nekrosis universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini hendaklah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya selama satu bulan.

15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.

16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.

17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.
Bagi tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.

19. Hilang Pendengaran
Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.

20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.

21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.

22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut:

a) Pemindahan produk darah
b) Agen perangsang sumsum
c) Agen imunosupresif
d) Pemindahan sumsum tulang

23. Trauma Kepala Utama
Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan:

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.

Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

24. Luka Terbakar Teruk
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)
Permukaan tubuh

25. Pemindahan Organ Utama
Menjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.

26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.

27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:

a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)Ensefalopati

Penyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.

28. Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:


a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;
b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;
c)Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dan
d)Demam kuning yang semakin teruk.

Walau bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.

29. Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :

a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; dan
b)Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; dan
c)Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku.

Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.

30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.

31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.

32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.

33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.

Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular

34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.

35. Penyakit Paru- Paru Kronik
Kegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.
Kriteria berikut mestilah dipatuhi:

a)Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); dan
b)Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; dan
c)Dsypnoea semasa berehat.

36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:

a)Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
b)Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
c)Karakteristik elektromiaogram
d)Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot


Tiada manfaat akan dibayar dibawah Peristiwa yang Dilindungi ini sebelum Hayat yang Diinsurankan mencapai umur 12 tahun pada harijadi yang berikutnya


Untuk Maklumat Percuma :
Sila hubungi : Perunding Takaful Anda
Nama : Mohd Nassir Che Azid
Telephon : 019-4406919
Email : annas.dagang@gmail.com

Perbezaan INSURANS KONVENSIONAL dan TAKAFUL

Salam,

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang perbezaan di antara INSURANS KONVENSIONAL atau biasanya orang panggil insurans dengan TAKAFUL. Ramai yang tidak tahu tentang perbezaan ini , bagi mereka insurans atau takaful sama sahaja. Namun anda perlu memahami konsep atau basic di antara dua perkara ini dan bagi orang ISLAM amat penting untuk anda mengetahui perbezaan ini.

Di sini saya sertakan jadual secara ringkas tentang perbezaan antara insurans dan takaful







Di bawah kami kongsi dengan anda satu article yang ditulis oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

a) Tabarru' dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.


2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.


Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).


Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-

KonvensionalTakaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pihak yang diinsurankanKontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuranPeserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan ShariahAset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.


Demikian penerangan ringkas saya.


Ust Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

17 Safar 1428 H = 7 Mac 2007

Isnin, 16 Jun 2014

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!


by MOHD ZULKIFLI SHAFIE on AUGUST 22, 2011

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisanChef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Urus Kewangan

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.


Prinsip #1: Beli secara tunai.

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:
(a) Jual barang yang bukan keperluan
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lebih Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…

Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.


7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang


Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1:  buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu a’lam.

Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html#ixzz2uVWuHP6N


FRIDGE MAGNET MERBAHAYA UNTUK KESIHATAN DAN MEROSAKKAN PETI AIS

Alhamdulillah
Selamat sudah berpindah dari padang jawa ke jalan kebun,seksyen 30
Shah Alam tetap dihati ...

Selesai susun atur semua barang peti ais rosak!! Tak boleh tutup

Dapat info dr oficemate yang peti ais cepat rosak jika letak fridge magnet banyak2,

Arini merajinkan diri nak gogle info tu sahih ke tidak

Sekali dapat info yang lagi mengejutkan.

FRIDGE MAGNET boleh menyebabkan kanser???

Untuk more info boleh baca di bawah...

Satu kajian dari Princeton University telah membuat penemuan yang menakutkan akibat dari kesan magnet yang dilekatkan pada pintu peti ais anda, boleh menyebabkan makanan yang anda makan mendapat kanser. Mungkin betul juga kajian tersebut, semakin hari semakin banyak pesakit kanser yang dikesan dan menerima rawatan di hospital kerajaan. Kalau kita pergi ke rumah saudara atau kawan-kawan.

Lihatlah pada pintu peti ais mereka dipenuhi berbagai magnet yang cantik dan berwarna warni. Mungkin senang nak melekatkan bil atau nota kecil yang penting. Jumlah magnet yang dilekatkan kadang-kadang sampai berpuluh banyaknya.

Dulu ada satu kajian mengatakan bahawa makanan yang kita makan sekarang banyak mengandungi bahan toksik dan bahan kimia berbanding zaman dahulu. Tapi rupa-rupanya kita sendiri yang menyebabkan makanan yang disimpan di dalam peti ais itu tercemar oleh "pancaran sinaran electromagnet". Kadang-kadang berminggu-minggu kita menyimpan makanan seperti ikan, daging ayam sebelum dimasak. Pada tahun 1990an, telefon bimbit Motorola, jika diletak pada sudu akan melekat kerana magnetnya sangat kuat. Banyak kes barah otak dilapurkan sehingga syarikat tersebut terpaksa memberhentikan pengeluarannya. 
Kanser sel selalunya terjadi apabila satu sel sahaja yang "active" dan ia mula merebak diam tanpa pesakit mengetahui perkembangannya. Kanser adalah seperti "time bomb" dan hanya diketahui pada "stage 4" apabila pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam yang berpanjangan, loya dan tidak bermaya serta kurang selera. Selalunya pada "stage 4 " sudah terlewat untuk menerima rawatan, hanya rawatan kemotrapi yang menyakitkan sahaja diberi rawatan pada pesakit kanser.
Kadang-kadang rawatan kemotrapi belum tentu dapat menyembuhkan pesakit kanser tapi sangat menyeksakan sehingga habis semua rambut gugur. Yang paling menyakitkan iaitu apabila mengambil air tulang "bone marrow". Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemotrapi akan sampai satu tahap, akan berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi dan pasrah akan hidupnya. Jangan biar orang kesayangan anda menerima nasib yang sedemikian.

Ini bukanlah untuk menakutkan pembaca tetapi kita boleh membuat pemeriksaan awal mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan berpandu daripada darah kita, ia dapat mengesan sel kanser jika baru nak "active". Pada peringkat awal ini, rawatan dapat membunuhnya terus sel yang "active". Jangan ingat dalam minda kita, ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah untuk kita. Jika umat Islam sehat maka agama Islam pun kuat. Jika umat Islam lemah, musuh-musuh Islam akan menang.

Pelbagai andaian mungkin benar juga mengapa sesetengah ahli keluarga mereka menghidap kanser ternyata datangnya dari makanan yang kita makan. Sejumlah penyelidik dan saintis di Princeton 's University telah menemui sesuatu yang menakutkan!. Untuk beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus.

Kumpulan pertama yang diberi dengan makanan disimpan di peti ais tanpa magnet. Kumpulan kedua dengan makanan yang disimpan di dalam peti ais tapi dengan beberapa hiasan magnet dilekatkan pada pintu peti ais. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana "pancaran sinaran elektromagnet" yang keluar dari magnet hias di pintu mempengaruhi sumber makanan. Dari hasil kajian klinikal menyatakan bahawa kumpulan tikus yang diberi makanan yang "terpancar sinaran electromagnet" mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% makanan lebih tinggi untuk mendapatkan kanser berbanding dengan kumpulan tikus lain.


Kerajaan tidak boleh menjelaskan atau persatuan kesihatan/institusi untuk memberikan kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan untuk menghilangkan atau menanggalkan magnet dekoratif dari peti ais anda dan meletakkannya jauh dari makanan.

Sila sampaikan maklumat penting ini kepada kenalan dan saudara anda. Mencegah lebih baik dari merawat. Semuga kita terhindar dari penyakit kanser yang banyak membawa keburukan dan kedukaan sesebuah keluarga bahagia.
.
Pada hukum tauhid. Semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah shj. Dan kuasa pancaran hanya sifat ma'niyah. Sifat ini berdiri dengan zat iaitu hal kelakuan pancarannya, dikeranakan dengan satu kerana. Jika kehendakNya, bukan kuasa magnet boleh menyebabkan kanser. Semuanya kerana kehendak Allah SWT. Yang menjadi asbab penyakit tersebut jika terdedah pada zat oleh sifat kelakuannya. 
Wasallam.

AWAS!!! JANGAN BUANG FRIDGE MAGNET KESAYANGAN ANDA...
alternative lain yang boleh kita gunakan adalah dengan menggunakan board khas untuk magnet atau sebrang board yang magnet melekat, cun jugak !! (gambar ehsan google)
ok wekend ni nak pegi cari board untuk lekatkan magnet2 ku... =)