PAGES

Rabu, 16 Julai 2014

✿✿ Petua Elakkan Anak Lahir Terkena Kuning ✿✿






Kenali bayi kuning


bayi-kuning
Bayi kuning atau lebih tepat disebut sebagai ‘neonatal jaundice’ merupakan fenomena yang sering melanda bayi dari hari kedua kelahiran sehingga berusia seminggu. Proses ini merupakan fisiologi kepada  bayi yang baru dilahirkan atau disebabkan oleh masalah pemecahan sel darah merah yang akan menyebabkan bilirubin dalam darah meningkat.
Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan bayi kuning adalah:
  • Kurangnya penyusuan ibu
  • Bayi mempunyai masalah ketiadaan enzim G6PD (yang mana enzim ini boleh menghalang pemecahan sel darah merah) atau ketidaksamaan kumpulan darah  anak dan ibu.
  • Cephalohematoma/Subaponeurotic haemorrhage (pembengkakan di lapisan kulit kepala)
  • Jangkitan saluran kencing (UTI)
  • Masalah saluran pemakanan yang tersumbat/masalah fungsi hati
Bilamana bilirubin dalam darah  meningkat, bayi akan kelihatan kuning dan kurang menyusu. Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya, tahap kekuningan bayi akan meningkat sehingga kekuningan boleh dilihat di tapak kaki dan tapak tangan. Tapi awas, pada tahap  ini, jika ibu bapa masih berdegil untuk tidak membawa anak anda berjumpa doktor dengan segera, kemungkinan anak itu akan mengalami kecacatan kekal kerana tahap bilirubin yang tinggi akan menjadi toksik kepada sel-sel otak. Jika sel-sel otak rosak, akan jadilah anak yang terencat akal dan lambat dalam segala segi perkembangan sama ada motor, penglihatan, sosial dan IQ  bayi tersebut.
Antara rawatan-rawatan yang ditawarkan untuk bayi kuning adalah phototerapy atau terapi cahaya UV. Atau jika tahap bilirubin itu terlalu tinggi, pertukaran darah (exchange transfusion) akan dilakukan untuk menyelamatkan bayi. (Penulis baru semalam melihat proses exchange transfusion dilalukan selama 4 jam)
Pesanan untuk ibu bapa, jangan berdiam diri jika anda melihat bayi anda kuning dan jangan pula panik. Segeralah berjumpa doctor yang berdekatan untuk mengetahui tahap bilirubin bayi anda. Dan jika tahap bilirubin tinggi dan perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut, jangan mencari alasan untuk mencuba rawatan tradisional dulu sebulum nasi menjadi bubur.
Oleh :
Dr Nurul Izza Mohd Zahidi
Aktivis I-Medik Kelantan
Pegawai Perubatan Siswazah HRPZ II KOTA BHARU



✿✿ Petua Elakkan Anak Lahir Terkena Kuning ✿✿
1) minum madi (tanpa air) 3 sudu atau meminum air madu 5 sudu.
2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari.
3) Mengamalkan meminum pati delima.
4) Banyakkan memakan kurma.
5) Mengamalkan memakan Buah Tin setiap 3 hari.
6) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan